Ahad, 16 November 2008

National Agriculture Training Council

Visi

Penentu Piawaian Bagi Kecemerlangan Dalam Latihan Kemahiran Pertanian.

Misi

Organisasi Yang Menggubal Dasar, Mengawal Kualiti Dan Memperkukuhkan Latihan Kemahiran Pertanian Yang Komprehensif Bagi Memenuhi Keperluan Bidang Pertanian Negara.

Objektif

  • Merancang, menyedia, menyelaras dan menilai keseluruhan keperluan latihan kemahiran pertanian.
  • Melahirkan pekerja dan usahawan yang berkemahiran dalam berbagai bidang agar pertanian menjadi sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing.
  • Mengamalkan teknologi terkini dan menambahbaikkannya secara berterusan.
  • Membangunkan pakej pembelajaran sesuai dengan kehendak NOSS dan Persijilan Kemahiran Malaysia.

Fungsi

  • Menyediakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan menyemak kesesuaiannya dari semasa kesemasa.
  • Menyediakan pakej latihan, kemudahan pembelajaran dan tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman berasaskan NOSS bagi semua bidang pertanian.
  • Menyelaras keperluan fizikal semua institusi latihan pertanian.
  • Menyelaras pelaksanaan latihan kemahiran pertanian di semua institusi latihan pertanian.
  • Menilai keberkesanan sistem latihan dan menambahbaikannya.
  • Bertindak dan berperanan sebagai badan berkuasa yang dirujuk dalam ehwal latihan kemahiran pertanian.
  • Merancang sistem latihan berkembar (dual-training system).

Piagam Pelanggan

  • Menaiktaraf kemudahan pembelajaran di institusi-institusi yang melaksanakan latihan kemahiran pertanian.
  • Membangunkan pakej latihan dalam masa 6 bulan daripada keputusan menjalankan latihan bagi sesuatu NOSS.
  • Mengangkat permohonan pentauliahan pusat atau institusi latihan kepada MLVK dalam masa satu bulan selepas semua syarat dipenuhi.
  • Mengambil pelatih dalam tempoh 4 bulan selepas iklan ditutup.
  • Memantau pusat-pusat bertauliah yang menjalankan latihan kemahiran pertanian setiap 2 bulan supaya pelatih dapat menamatkan pengajian mengikut jadual.
  • Menyelia, memantau dan menguatkuasakan pelaksanaan latihan kemahiran pertanian secara tegas, berterusan, dan mesra.
  • Mempastikan semua tenaga pengajar mempunyai kelayakan dan kebolehan yang diperlukan

Tiada ulasan: